Wednesday, November 18, 2009

Hello Bakal-Bakal Pelanggan!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera anda semua!:)

Blog ini saya dedikasikan untuk bisnes yang telah lama saya mengidam untuk ceburi, iaitu sebagai penghias hantaran perkahwinan serta pereka deko majlis gemilang anda.

Oleh kerana saya masih baru dalam bidang ini, saya dengan rendah dirinya ingin mempelawa anda semua untuk mengenali saya terlebih dahulu.

Artfingers adalah nama alias dalam penulisan dan hasil kerja seni saya.
Panggil saya Mariam.:)

Saya sukakan hasil seni yang menggunakan tangan a.k.a kraftangan dan tangan saya sentiasa melakar apa sahaja yang terlintas di fikiran. Semasa belajar, sahabat rapat saya memang sudah lali dengan perangai saya yang satu itu, saya sering menconteng penuh buku nota saya yang sepatutnya diisi dengan nota kuliah. Mengimpikan menjadi arkitek atau pelukis tersohor sebagai kerjaya. Walaubagaimanapun, takdir membawa saya kepada kerjaya Pembantu Peribadi(PA) di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Namun, minat mendalam, my passion mendesak saya melancarkan bisnes ini sebagai kerjaya kedua demi memberi peluang jus kreatif mengalir sebaiknya dan dinikmati bersama.

I can give you awesome words to describe my quality.
But, let the pictures say it all.

However, lets just say that my strength is in colour combinations.
I love colours
.
Apa yang membuatkan hantaran anda menarik, selain dekonya, adalah pilihan warna.

And why spend so much on your hantaran stuffs when you can't have a proper decoration to make it stand out?
Let me help you.

My biggest project was my own wedding which happened recently, 7.11.09. As of today, I still havn't get good pictures to show all my artworks for my wedding. Sila bersabar ya.

Saya akan mengambil tempahan hantaran dan deko untuk majlis bermula Januari 2010. Tahun 2010 adalah tahun 'official' pertama saya. Oleh itu, jangan segan-segan untuk bertanya harga dengan saya, kerana pasti saya akan memberikan harga yang menarik. Be proud that you will be the first ones in my 'portfolio keramat'!:)

No comments: